Jan 22, 2010

SAHABAT...


Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti


Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya


jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus


Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat


dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian


Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu...Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu


maka ambillah dia menjadai sahabat


Tiadalah yang menyentuh engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang engkau tidak malu kepadanya


Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!


Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau


tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat


Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya...Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya...maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya


Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya


Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya


seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya


Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu


dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu


Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita


kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu


Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya


Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat


Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut


Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat


Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan


pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat


Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab


Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

Jan 9, 2010

PRINSIP HIDUP

Saya tidak kalah apabila berada di bawah, saya hanya kalah sekiranya tidak bangun semula…
Setiap orang pernah jatuh, hanya mereka yang bangun selepas setiap kejatuhan akhirnya menjadi juara….
Selamat berjuang!!!

SEDEKAH

Kebajikan yang tak berakhir!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Hantarkan artikel ini pada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.